HULU LANGAT: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun dekat sini pada Ahad ditemui meninggal dunia pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa berusia 36 tahun itu ditemui pada jarak kira-kira empat kilometer dari lokasi dia terjatuh pada jam 1 tengah hari.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum itu, Ahmad Mukhlis memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden terbabit pada jam 8.11 malam Ahad.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pagi Isnin dengan bantuan malim gunung, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Renjer Hutan dan Jabatan Perhutanan Selangor.
Sebanyak dua pasukan terlibat dalam SAR terbabit, di mana pasukan pertama melakukan pencarian bermula dari Kem Lolo sehingga 'campsite 1' ( mengikut aliran sungai) manakala pasukan kedua pula melaksanakan pencarian bermula dari empangan lama ( mengikut aliran sungai sehingga 'campsite 1').
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 22 2024
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun pada Ahad ditemui meninggal dunia pada Isnin. - Foto JBPM
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
Lelaki hilang terjatuh sungai di Kem Lolo ditemui meninggal dunia
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang pada Ahad ditemui meninggal dunia pada Isnin.
Lelaki tidak pulang ke rumah ditemui maut kereta terbabas dalam gaung
Seorang lelaki yang tidak pulang setelah keluar dari rumah jam 10 malam Sabtu lalu ditemukan maut apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam gaung.
Lelaki hilang ditemui maut di tepi sungai
Mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.
Lelaki hilang ditemui maut dalam kereta terbabas
Misteri kehilangan seorang lelaki yang sudah dua hari tidak pulang ke rumah terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta di bahu jalan.
Bot terbalik, lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan
Seorang lelaki berusia 23 tahun dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama bapa saudara dan seorang lagi rakan terbalik di Sungai Kelantan berhampiran Paloh Rawa.
Polis Kelantan masih siasat kes lelaki hilang dipercayai dibawa lari ke Thailand
Siasatan diteruskan dengan mencari bukti dan petunjuk baharu, kata Pemangku Ketua Polis Kelantan.
Kereta dipandu lelaki yang hilang terbabas dalam gaung
Kenderaan yang dipandu mangsa, Zahari Zakaria ditemui di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi - Mersing pagi tadi.
Hilang sejak empat hari lalu, mayat lelaki ditemukan di bawah struktur bangunan runtuh
Misteri kehilangan seorang lelaki selepas tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu terjawab apabila ditemukan maut di Kuarters Lama Jabatan Kerja Raya (JKR) Serian pada Selasa.
Lelaki terjatuh dalam Sungai Perak ditemui lemas
Seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Perak di Jambatan Batu 5, dekat sini, semalam, ditemui lemas hari ini.
Mayat lelaki lemas ditemukan celah batu
Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan pencarian kira-kira sejauh 2.5 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.